| Ditulis oleh: Ahmad Zainuddin, Lc | 
| Kamis, 18 Juni 2009 14:57 | 
Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah. 
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT. 
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Dari  Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya  Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia." Kemudian Anas  berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai  Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca  atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga  Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
"Dari  Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda;  Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah  kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya  dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga  berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Dari  Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w  "Dari  Abu  Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam  yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak  berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran  tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" Dari Abdullah Bin Mas'ud ra. Dari  nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya  Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan  aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia  bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"Dari  Ibnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi  imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al  Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari  Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang dari  orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian  nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal  Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah  satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang  lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari  Ali  Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al  Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan  memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana  mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari  Abu  Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al  Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata;  "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka  orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai  Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian  kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia."  Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat,  ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari  jabir  bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu  tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling  baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari  Buraidah  Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w  bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya  ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud  seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda  mengenalku?".
Penghafal  tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya  adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang  panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap  pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada  hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di  beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya,  serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang  tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di  bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu  bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di  jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian  kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah  ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik  selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari  Sisyah  ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah  tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka  tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan  yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.
SUMBER:
www.ahmadzainuddin.com

 
No comments:
Post a Comment